Isnin, 7 Mac 2016

                     KEPENTINGAN AIR KEPADA MANUSIA


Air merupakan sumber yang sangat penting kepada alam semula jadi dan manusia.
Antara   kepentingan   air   kepada   manusia   ialah   sebagai   keperluan   dalam   rumahtangga,
kegunaan dalam bidang pertanian, pengangkutan dan seterus dalam menghasilkan tenaga
elektrik.
Air merupakan anugerah  yang amat berharga di dalam kehidupan manusia, tanpanya semua hidupan akan mati. Menurut Kamus Dewan, air boleh didefinasikan sebagai cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen. Secara geografinya, air yang digunakan oleh manusia berpunca daripada air hujan





Air adalah anugerah  yang sangat bernilai kepada seluruh hidupan di mukabumi ini. Air adalah satu sumber keperluan asas yang sangat penting kepada manusia. Manusia mungkin masih boleh hidup dengan selesa selama beberapa hari tanpa elektrik, komputer, internet dan apa-apa sahaja tetapi tidak tanpa air. Krisis air di Lembah Kelang yang melanda negara pada tahun 1998 dan awal tahun 2002 yang lalu adalah bukti jelas bahawa betapa pentingnya air di dalam kehidupan kita. Krisis ini banyak membuka mata masyarakat dan kerajaan tentang kepentingan air.

Kepentingan air kepada kehidupan dan alam seluruhnya memang tidak dapat dinafikan. Sebagai sumber asli yang paling berharga, air diperlukan sebagai kegunaan asasi dan dapat dimanfaatkan bagi tujuan pelbagai aspek kehidupan. Tanpa air, kita mungkin tidak dapat menikmati dan meneruskan penghidupan ini dengan selamat, selesa dan sempurna.
Sebagai sumber yang sangat bermanfaat, air dapat digunakan bagi melaksanakan pelbagai aktiviti kehidupan. Bagi memenuhi keperluan harian, air digunakan sebagai minuman, mencuci, mandi dan keperluan-keperluan lain seperti membersihkan halaman, persekitaran dan menyuburkan tanaman-tanaman. Usaha memanfaatkan air seumpama ini sudah setentunya dapat meningkatkan taraf kehidupan yang sihat sejahtera dan dapat mengelakkan dari segala kekotoran, pencemaran dan penyakit.
Dalam melaksanakan projek-projek pembangunan, air sangat diperlukan di sektor-sektor pertanian, perikanan, perkilangan dan industri-industri lain. Air juga dapat dijadikan sumber ekonomi seperti menjadikannya sebagai minuman yang dibotolkan atau ditinkan, tambahan kepada jus buah-buahan, pencair, pewarna atau sebagai bahan untuk dibuat kajian saintifik. Malah air juga berguna bagi bahan-bahan konkrit untuk membina rumah dan bangunan.
ANTARA saranan asas yang sering diberikan pakar perubatan dan pemakanan ialah minum banyak air iaitu sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau dua liter sehari untuk mengekal dan meningkatkan kesihatan.
Bagaimanapun, untuk minum air sebanyak itu bukan mudah kerana ia bermakna kita kerap berulang ke tandas dan bagi sesetengah orang, terutama yang berumur, ia sungguh menyusahkan dan dianggap masalah atau gangguan.





Malah, ada orang bimbang mereka mengalami masalah kesihatan tertentu jika kerap buang air kecil. Pada kebiasaannya, pundi kencing dikosongkan setiap empat jam. Jadi buang air kecil enam hingga tujuh kali sehari adalah perkara normal bagi individu sihat yang minum air secukupnya.
Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550 militer air kencing.
Kita biasanya terasa hendak buang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200 mililiter, tetapi kapasiti normal ialah sekitar 400 mililiter. Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil.
Kerap buang air kecil pada siang adalah perkara baik kerana ia proses semula jadi untuk menyingkirkan sisa toksik dan bahan buangan dari badan.
Minum air sekurang-kurangnya lima gelas sehari boleh mengurangkan risiko kanser usus sebanyak 45 peratus, kanser payudara (79 peratus) dan kanser pundi kencing (50 peratus).
Walaupun tahu kepentingan dan manfaat air, tidak ramai sanggup berulang alik ke tandas. Mereka bukan saja minum sedikit, tetapi turut mengelak makanan yang mengandungi banyak air. Sumber air kita datang daripada minuman (47 peratus), makanan (39 peratus) dan proses metabolisme di dalam sel (14 peratus).
Menurut Pakar Air Bertauliah Persatuan Kualiti Air (WQA), Michael Long, kekurangan air adalah punca utama keletihan pada waktu siang yang boleh menyebabkan pernafasan menjadi pendek, sakit perut, kebas dan risau tanpa sebab munasabah.
Mengantuk selepas makan tengah hari adalah petanda penting badan kita kekurangan air. Air diperlukan untuk proses pencernaan dan metabolisme makanan. Untuk menjalankan proses ini, badan mengambil air daripada sel badan (termasuk darah).
Oleh kerana air membabitkan dua komponen iaitu dua molekul hidrogen dan satu molekul oksigen (H2O); apabila ia digunakan untuk proses pencernaan, bekalan oksigen ke otak berkurangan. Ini sebabnya kita berasa mengantuk, letih dan sukar menumpukan perhatian kepada kerja selepas makan.

.

 MINUM LAH AIR BANYAK UNTUK MENGEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT......

2 ulasan:

  1. KALAU NAK DENGAR LAGU TEKAN PLAY KATA ATAS SEKALI

    BalasPadam
  2. SORRY LAH KADANG KADANG DIA MAINKAN SENDIRI KADANG KADANG KITA KENE TEKAN

    BalasPadam